Menu
Undang_Luak_Jelebu Pemerintahan Dato' Undang Luak JelebuPenggiliran pusaka Dato' Undang Luak Jelebu adalah mengikut penggiliran Suku Biduanda Waris Berundang di Jelebu iaitu antara Waris Ulu Jelebu (sulung), Waris Sarin (tengah) dan Waris Kemin (bongsu). Waris Sarin terbahagi kepada Waris Sarin A yang terdiri daripada perut Aur Duri, Peninjau, Kirim Mudek dan Waris Sarin B terdiri daripada perut Kuala Jelebu, Merebau, Jelin.
Bagaimanapun, ketika pemerintahan Dato' Undang Luak Jelebu ke-15, Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Dato' Musa Wahab, Waris Sarin telah disatukan semula dengan diketuai Dato Lembaga bergelar Dato Raja Penghulu.
Waris Kemin terdiri daripada perut Kemin Hulu, Kemin Hilir, Triang Hilir dan Sungai Pertang. Undang Jelebu pada masa kini ialah Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Dato' Haji Maarof bin Haji Mat Rashad, iaitu Dato' Undang Luak Jelebu ke-16 daripada Waris Kemin.
Pembesar-pembesar bagi Dato' Undang Luak Jelebu ialah dato-dato Lembaga Delapan yang terbahagi kepada dua talian iaitu Dato Lembaga Talian Adat dan Dato Lembaga Talian Pusaka.
Dato Lembaga Talian Adat:
Dato Lembaga Talian Pusaka (Waris Berundang):
Orang Besar Dato' Undang Luak Jelebu:
Dato Lembaga Kurnia Luak Jelebu. Dato Lembaga Kurnia Luak Jelebu diletakkan di bawah riayah YM Dato Shahbandar, maka haluan sembah kepada TITIAN BALAI UNDANG hendaklah melalui Dato Shahbandar.
Menu
Undang_Luak_Jelebu Pemerintahan Dato' Undang Luak JelebuBerkaitan
Undan Undang-undang Undang-undang Malaysia Undang-undang hak cipta Amerika Syarikat Undang-undang hak asasi manusia antarabangsa Undang-undang kontrak Inggeris Undang (Negeri Sembilan) Undang-Undang Laut Melaka Undang-undang antarabangsa Undang-undang SingapuraRujukan
WikiPedia: Undang_Luak_Jelebu